Asnira



IMPLIKASI HELAH BELA DIRI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
“Cikgu, Farouk…ambil pensil saya,” jerit Aina. “Saya tak ambillah,” jawab Farouk. Walau pada hakikatnya, Farouk mengambil pensil Aina dan dia menyembunyikannya.

Berdasarkan situasi ini, apa yang kita boleh takrifkan bahawa Farouk menggunakan salah satu helah bela diri supaya dia selamat dari dituduh dan dimarahi guru serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Bagaimana implikasi situasi ini terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan apakah tindakan seorang guru untuk menangani masalah ini dari terus berlaku? Oleh hal demikian, guru perlu bijak untuk mengenal pasti apakah jenis helah bela diri, implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan cara untuk menanganinya. Disini kita akan membincangkan jenis helah bela diri, implikasi dan langkah-langkah untuk membantu guru menyelesaikan  masalah helah bela diri.

PENGENALAN
Helah bela diri merupakan reaksi semula jadi dalam ego dan harga diri seseorang untuk melindungi dirinya dari ancaman oleh orang lain, kejadian atau pengalaman. Helah bela diri adalah tindakan yang dapat mententeramkan jiwa seseorang secara sementara sebelum individu berkenaan harus dan dapat berjumpa dengan kaunselor yang boleh membantunya. Helah bela diri ini dilakukan untuk mempertahankan ego, ancaman, dan kebimbangannya. Kebiasaannya, helah ini digunakan oleh individu yang sedang dalam kerisauan. Helah bela diri ini dapat memberi peluang kepada seseorang individu untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih berkesan.

DEFINISI HELAH BELA DIRI
Menurut dari buku DPLI Psikologi tulisan Dr, Ragbir Kaur Joginder Singh (2012), beliau menyatakan helah bela diri ialah merupakan strategi mental yang digunakan oleh seseorang individu untuk melindungi dirinya sendiri dari perkara yang memalukan, kekeliruan dan masalah peribadi yang wujud kerana ego dirinya. Contohnya mengelakkan impuls negatif dari minda sedar adalah dengan mengurangkan kesan tekanan dan penyakit.
Ia meletakkan semua pengalaman yang pahit atau tidak disukai kedalam minda separa sedar atau tidak sedar bagi mengelakkan kesakitan atau tekanan. Tambahan pula, pembelaan diri boleh melindungi perasaan-perasaan seperti marah, takut, sedih, tertekan, tamak, iri hati, dengki, cinta, persaingan, mementing diri sendiri dan berasa tidak upaya.

JENIS HELAH BELA DIRI
Jenis helah bela diri boleh dibahagikan kepada dua iaitu helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif. Helah bela diri aktif untuk mengurangkan kebimbangan dan kekecewaan. Bagi jenis helah bela diri pasif ialah boleh mewujudkan tekanan, kebimbangan dan neurotik.






IMPLIKASI HELAH BELA DIRI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terlebih dahulu, kita harus mengetahui personaliti dan konsep kendiri dari kedua-dua pihak iaitu guru dan murid, seperti yang diketahui bahawa mekanisma-mekanisma ini akan mewujudkan pelbagai jenis implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pertama, tanggungjawab seorang guru ialah untuk membina situasi-situasi pembelajaran yang kondusif kepada murid-muridnya, agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi selesa dan lancar. Tambahan dengan sikap guru-guru yang mempunyai sikap positif akan memberi implikasi yang positif iaitu dengan mewujudkan suatu persekitaran psikologi bilik darjah yang kondusif.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Kagan dan Grandgenett (1987), hubungan yang rapat di antara personaliti guru-guru dan cara murid-murid belajar di dalam bilik darjah. Ciri-ciri individu ekstrovert seperti refleks, gemar bercampur, peramah, aktif, inovatif, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan berkeupayaan kepimpinan. Guru-guru yang mempunyai personaliti ekstrovet lebih rapat dengan murid-murid mereka dan berkeupayaan untuk memupuk kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah serta dapat memodafikasikan tingkah laku murid-murid secara sistematik di dalam bilik darjah. Hal ini demikian, guru-guru yang mempunyai personaliti ekstrovet mempunyai semangat yang aktif dan amat membantu dan sering mengambil inisiatif sendiri serta suka kepada perubahan.
Selain daripada itu, guru itu juga berkeupayaan untuk menggalak murid-murid mereka untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Dengan ini, boleh menyebabkan mereka melibatkan diri dengan lebih aktif dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, guru-guru dapat memastikan bahan bantu pengajaran menjadi menarik dan serasi dengan bahan pembelajaran yang diajar kepada murid-murid.
Malahan guru-guru yang bijak juga dapat mempengaruhi murid-murid untuk menghabiskan segala tugasan mereka dengan sempurna kerana di atas dasar kepercayaan kepada gurunya. Implikasi kepada guru-guru ialah mereka perlu meningkatkan pengalaman para murid untuk pembelajaran masteri. Sebagai contoh, jika murid-murid melihat orang lain berjaya, mereka juga ingin berjaya begitu juga sebaliknya, menyebabkan konsep kendiri mereka juga menurun dan mereka akan menghadapi lebih banyak tekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jika murid-murid memiliki konsep kendiri yang rendah, guru-guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah kerana murid-murid tersebut akan menunjukkan pelbagai jenis tingkah laku bermasalah. Antara contoh tingkah laku yang bermasalah ialah mereka suka berkhayal atau ponteng sekolah semasa guru mengajar, suka marah, menjerit, memberontak, menunjukkan sifat malas dan pendiam atau senang berputus asa dan berhenti mencuba. Mereka akan mencuba pelbagai helah bela diri untuk menyembunyikan perasaan marah, kekecewaan, kemurungan dan ketakutan mereka.
Maka, guru-guru harus mengenali dan menangani pelbagai jenis helah diri. Guru harus megetahui iatu mekanisma helah bela diri yang ada di dalam bilik darjah berpunca daripada kebimbangan kendiri atau kekecewaan dalaman murid-murid. Kesan terhadap guru-guru ialah untuk memahami bahawa kebanyakan mekanisma helah bela diri yang ditunjukkan oleh murid-murid melibatkan desepsi kendiri dan pelepasan daripada realiti. Guru-guru yang memiliki personaliti yang positif menunjukkan kompentensi akademik yang lebih tinggi dan kadar keciciran yang lebih rendah dalam sistem persekolahan.
Namun sebaliknya pula, guru-guru yang memiliki personaliti yang negatif akan mengajar dengan menggunakan teknik-teknik autonomi seperti denda, amaran, menepati tarikh-tarikh akhir dan ganjaran-ganjaran luar. Berikut adalah mekanisma yang sering berlaku di dalam bilik darjah dan implikasi helah bela diri terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.





Implikasi Psikologi Pendidikan dalam bilik darjah dalam menangani helah bela diri di bilik darjah adalah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, yakni apabila kita telah dapat mengesan pelbagai ciri-ciri yang ada pada murid-murid seperti perbezaan individu, sosial, kognitif, emosi dan sebagainya, supaya kita dapat mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam menangani masalah dalam bilik darjah. Antara langkah untuk menangani perbezaan kognitif, kita boleh mengasingkan antara murid- murid mengikut tahap kecerdasan dan kebolehannya.
Selain itu, berfaedah kepada guru untuk membolehkan mereka memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Ia juga dapat membantu guru untuk merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan muirdnya dan merumuskan langkah-langkah supaya muridnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,kognitif, sosial dan emosi. Dengan ini, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru membantu murid dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan lebih prihatin kepada indiividu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar apabila membimbing kanak-kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Dengan adanya ilmu psikologi, para guru bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu malahan dapat melahirkan insan yang sempurna yang baik budi pekertinya dan bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agamanya
Guru-guru boleh membantu murid-murid dengan mengenalpasti mekanisma helah bela diri murid-murid terutamanya dalam situasi-situasi yang tidak sepatutnya. Cara-cara guru untuk membantu murid-muird bagi menangani mekanisma helah bela diri adalah dengan guru-guru boleh membantu dengan mendengar luahan masalah mereka dan membantu mereka memahami dan menerima nasihat dari guru. Selain itu, guru boleh menyemai perasaan percaya kepada murid agar mereka dapat mengurus perasaan mereka dalam diri mereka. Disamping itu, guru juga boleh mengajar murid memahami dan bergaul dengan orang lain bagi meningkatkan kemahiran interpersonal mereka. Ini supaya mereka dapat menyelami perasaan orang lain dan berkongsi perasaan. Dalam pada itu, guru-guru boleh menjalankan satu program pengurusan positif kepada murid-murid untuk mengurus perasaan marah mereka. Selain daripada itu, program atau aktiviti pengurusan tekanan juga boleh dijalankan. Ini supaya murid-murid dapat mengetahui dan mengenalpasti punca-punca tekanan mereka dan membantu mereka mengurus tekanan mereka.
Kesimpulannya, guru-guru perlu mengetahui tentang jenis-jenis mekanisma helah bela diri yang berlainan dan tingkah laku negatif yang berkaitan dengan helah bela diri yang berlainan. Selain itu, guru perlu menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat tentang murid-murid mereka. Malahan, guru harus peka kepada keadaan murid-murid yang bermasalah. Ini disebabkan murid-murid yang bermasalah ini selalunya mengalami kecelaruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, guru-guru hendaklah mendekati murid-murid ini secara diplomasi dan memberikan mereka motivasi yang sepatutnya mereka terima. Selain daripada itu, guru juga harus meningkatkan motivasi dan konsep kendiri murid supaya murid-murid tidak perlu mengamalkan pelbagai jenis helah bela diri yang negatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan