Rohina



1.0    Pengenalan

Helah bela diri adalah satu konsep kendiri yang terbina dalam diri yang merupakan satu tabiat untuk melindungi diri serta mengurangkan sebarang kerisauan dan kesakitan. Dalam erti kata yang mudah untuk mententeramkan hati apabila timbulnya perasaan takut, benci, marah dan sebagainya. Helah bela diri ini wujud dalam diri secara semulajadi dan terjadi pada setiap peringkat umur. Helah bela diri ini bergantung kepada situasi yang berlaku pada masa itu.
Helah bela diri adalah satu cara untuk mempertahankan diri sendiri. Helah bela diri merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan untuk mengawal ketidakupayaan dan penderitaan ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal pemikiran dengan sempurna. Secara umumnya, helah bela diri mempunyai dua bentuk iaitu memutarbelitkan kenyataan atau menyangkal.
Dalam kehidupan seharian, manusia sama ada normal mahupun tidak sentiasa berkomunikasi. Helah bela diri sudah menjadi menjadi kebiasaan bagi melindungi diri dalam berkomunikasi. Ini bertujuan bagi mengekalkan konsep kendiri yang baik dan harga diri. Manusia secara fitrahnya, sentiasa akan menjaga harga diri dan tidak akan memalukan diri sendiri. Justeru itu secara tidak langsung, akan menggunakan mekanisme helah bela diri secara tidak disedari.
Helah bela diri dikaitkan dengan konsep kendiri yang negatif. Antaranya ialah kekurangan kasih sayang iaitu suasana keluarga yang kurang harmonis, pengalaman pahit seperti kemalangan yang mengakibatkan kecacatan dan menyebabkan rasa rendah diri, pencapaian akademik yang rendah dan menyebabkan rakan-rakan memandang rendah terhadap diri, serta kritikan negatif daripada ibu bapa yang menyebabkan diri rasa rendah diri, berasa tertekan dan terancam.

2.0      Definisi Helah Bela Diri

Helah bela diri didefinisikan sebagai strategi mental yang digunakan oleh individu-individu untuk melindungi diri sendiri daripada perkara-perkara yang memalukan, kekeliruan dan masalah peribadi yang wujud keran ego dirinya. Helah bela diri kerap digunakan kerana ia lebih mudah dan senang berbanding menghadapi sesuatu isu atau masalah itu secara berdepan dan menerima kenyataan. Helah bela diri boleh dilihat dalam diri remaja apabila mereka mahu menyangkal persepsi ibu bapa. Ini kerana pada peringkat remaja banyak perubahan tingkah laku yang berlaku dan banyak mendapat perhatian ibu bapa. Helah belah diri semakin jelas kelihatan jika tingkah laku dan perbuatan negatif yang merosakkan diri remaja itu sendiri.

Bagi mengelakkan impuls negatif dari minda sedar adalah dengan mengurangkan kesan tekanan dan penyakit. Kesakitan dan tekanan dapat dielakkkan dengan meletakkan semua pengalaman yang pahit ke dalam minda tidak sedar. Fenomena ini dikenali sebagai mekanisme helah bela diri.

Helah bela diri boleh melindungi perasaan-perasaan seperti marah, takut, sedih, tertekan, tamak, iri hati, dengki, cinta, persaingan, mementingkan diri sendiri dan berasa tidak upaya. Sebagai contoh dalam satu situasi dimana jiran sebelah rumah membeli sebuah televisyen besar bagi menyambut perayaan. Bagi yang melihat tentunya akan merasa iri hati kerana tidak mampu membeli televisyen yang bersaiz sama dengan jirannya. Justeru itu, helah belah diri digunakan. Kemungkinan timbulnya rasa mahu membeli juga tetapi membeli televisyen dengan saiz yang lebih besar tetapi selepas musim perayaan kerana tidak mahu menampakkann perasaan iri hati tersebut. Dalam situasi ini helah bela diri telah digunakan.

Helah bela diri juga ditakrifkan sebagai proses psikologi untuk mengurangkan tekanan dan juga boleh diibaratkan sebagai membohongi diri sendiri untuk berhadapan dengan realiti. Manusia menggunakan helah bela diri untuk melindungi dirinya apabila berada dalam keadaan terancam.

3.0      Helah Bela Diri Pasif
Helah bela diri pasif terdiri daripada penafian, represi dan penukaran.

3.1.1     Penafian
Penafian adalah salah satu bentuk mekanisme helah bela diri yang dibuat oleh individu bagi menafikan perkara yang tidak ingin dipercayai. Individu-individu ini secara sengaja tidak percaya bahawa perkara yang buruk atau sedih telah berlaku dan akan melupakannya supaya mereka tidak perlu mengingati kejadian tersebut. Individu ini dianggap sebagai tidak dapat menerima hakikat sesuatu perkara yang buruk telah berlaku pada diri mereka.

Contoh situasi penafian ialah seorang individu telah membuat pemeriksaan kesihatan hasil laporan menunjukkan dia menghidap penyakit kanser. Dalam mewujudkan helah bela diri penafian, dia mengatakan bahawa diagnosis yang dilakukan oleh doktor adalah salah ataupun mengatakan bahawa doktor tersebut tidak bertauliah. Namun pada dasarnya bahawa apa yang diperkatakan oleh doktor itu adalah benar. Penafian jelas ditunjukkan kerana pesakit ini tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menghidap penyakit kanser.

Situasi helah bela diri penafian juga berlaku di dalam kelas. Sebagai contoh seorang pelajar memperoleh keputusan peperiksaan sebanyak 69 markah. Walau bagaimanapun pelajar ini telah melakukan helah bela diri penafian dengan mengatakan bahawa guru tidak silap menulis markahnya dan markah sebenarnya adalah 96 markah. Pelajar ini meletakkan target yang tinggi dalam keputusan peperiksaanya. Justeru itu, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa tidak memperoleh A dalam keputusan peperiksaan.

 Menurut pandangan Imam Al-Ghazali, terdapat empat unsur dalam diri manusia iaitu Qalb(hati atau kerohanian), Aql(intelek atau akal), Nafs(ego, nafsu atau kehendak) dan Ruh(jiwa). Dalam aspek Aql atau akal, manusia yang dikurniakan akal dapat menyelesaikan masalah secara logikal dan membuat pertimbangan secara rasional dan bertimbang rasa. Manusia juga mempunyai tiga jenis keupayaan berfikir iaitu keupayaan berfikir yang rendah iaitu tidak boleh berfikir panjang mengenai kesan-kesan hasil perbuatan, keupayaan berfikir sederhana iaitu mampu memikirkan akibat hasil tingkah laku mereka dan keupayaan berfikir tinggi iaitu mampu berfikir secara rasional dan dapat mengagak kesan-kesan daripada perbuatan mereka.

Dalam situasi helah bela diri penafian, pelajar ini dalam kategori keupayaan berfikir yang rendah. Ini kerana dia tidak berfikir dengan panjang setelah memperoleh markah yang rendah dalam peperiksaan dan menyalahkan guru kerana salah menulis markah pada kertas peperiksaan. Jika pelajar ini dalam kategori mampu berfikir secara rasional, dia akan menerima kenyataan markah yang diperoleh dan mengenalpasti faktor dia mendapat markah yang rendah.

Peranan guru adalah penting dalam menguruskan pelajar dalam situasi sebegini. Guru perlu mengajar murid-murid untuk menangani perasaan-perasaan negatif seperti cemburu, marah, bohong dan sebagainya. Di dalam kelas guru tidak perlu adil terhadap semua murid. Sebagai contoh, di dalam kelas seorang murid mempunyai hubungan persaudaraan dengan guru iaitu adik beradik. Guru ini sentiasa memberi pujian kepada adiknya dan tidak memarahi atau menghukum adiknya walaupun membuat salah. Keadaan ini boleh menimbulkan perasaan cemburu terhadap murid-murid dan guru secara tidak langsung telah membentuk emosi negatif murid. Dalam situasi ini, guru perlu adil dalam memberikan pujian, ganjaran, hukuman dan sebagainya.

3.1.2     Represi

Represi adalah satu proses mental yang aktif di mana seseorang sengaja melupakan sesuatu peristiwa yang pahit dengan menolaknya ke kawasan tidak sedar dalam otak. Bagi melupakan sesuatu yang mengecewakan atau membebankan perasaan seseorang, unsur-unsur tersebut akan dipendamkan ke alam tidak sedar. Namun begitu,unsur-unsur berikut akan aktif pada waktu-waktu tertentu dan akan mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran tanpa disedari oleh individu.

Sebagai contoh seorang murid dimarahi oleh guru besar di hadapan perhimpuan berasa malu akibat teguran tersebut. Murid berkenaan terus membenci guru besar tersebut dan mengharapkan guru besar itu mendapat kecelekaan. Rasa kebencian akan dipendamkan di dalam minda secara tidak sedar. Rasa kebencian akan muncul sekali-sekala dalam mimpi, fikiran dan perbualan. Keadaan ini dikaitkan dengan teori personaliti Freud.

Personaliti bermaksud kombinasi sifat daripada aspek-aspek tingkah laku, tabiat, emosi dan mental yang unik terhadap setiap individu. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang iaitu genetik dan faktor fizikal yang merangkumi jantina, umur dan kematangan dan ketinggian dan saiz. Faktor yang kedua ialah sosial dan faktor persekitaran yang merangkumi asuhan penjaga, keluarga dan rakan-rakan, latarbelakang sosio ekonomi, sekolah dan taraf pendidikan, agama dan budaya. Faktor seterusnya ialah pengalaman lalu yang merangkumi kejadian trauma, tragedi yang berlaku kepada keluarga dan pengalaman atau kenangan yang diingati dan menyenangkan.

Helah bela diri represi juga dikaitkan dengan personaliti. Aspek personaliti diterangkan dengan lebih mendalam dalam Teori Psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Beliau menyatakan bahawa terdapat tiga tahap kesedaran dalam perkembangan personaliti iaitu sedar (conscious), pra sedar (preconscious) dan bawah sedar (unconscious). Gambarajah di bawah menunjukkan konsep Freud: Id, Ego dan Superego.




Peringkat Id adalah bahagian bawah sedar manusia yang merupakan naluri semulajadi untuk kepuasan diri sendiri. Id menggalakkan individu-individu bertindak tanpa risau dengan kesan akibat tindakannya. Dalam situasi helah bela diri, murid yang dipukul oleh guru besar tentunya akan marah kerana memukulnya. Pada peringkat Id, murid bertindak dengan menjauhkan diri dan sedaya upaya akan mengelak daripada terserempak dengan guru besar. Sekiranya terserempak, murid ini akan mewujudkan situasi tidak menyedari kehadiran guru besar. Pada peringkat ini, murid-murid tidak menilai kesan daripada mengelak dan bertembung dengan guru besar.. Matlamat tindakan ini adalah untuk mengurangkan kesakitan setelah dipukul oleh guru besar dan melahirkan perasaan benci terhadap tindakan yang dilakukan oleh guru besar terhadap pelajar ini. Manakala bagi peringkat ego, memberi panduan peribadi kepada manusia dalam memuaskan antara id dan superego. Peranan ego penting kerana ia boleh menilai keputusan yang telah dibuat untuk diri sendiri atau komuniti. Pada peringkat ini juga, manusia memerhati,berfikir, merasai dan bertindak dengan minda sedar. Murid berkenaan akan berfikir tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi meluahkan perasaan yang terpendam. Setelah menilai segala keputusan yang dilakukan murid tersebut akan melaksanakan tindakan yang dipilih dan pada masa yang sama menilai tindakan yang diambil. Kompenan yang ketiga ialah superego yang juga dikenali sebagai minda separuh sedar. Minda separuh sedar adalah perasaan swadiri supaya dapat dirasai perasaan tersebut dalam keadaan separuh sedar (superego). Maklumat disimpan dan dilupakan dalam memori jangka panjang dan boleh dipanggil kembali dalam minda sedar dengan usaha superego. Superego membolehkan seseorang menilai tingkah laku diri dan juga orang lain. Dalam aspek helah bela diri, murid dapat menilai tingkah lakunya samada memberi kesan terhadapa dirinya, keluarga atau rakan-rakannya.

3.1.3     Penukaran

Individu yang mengalami helah bela diri ini biasanya mengalami tekanan mental emosi yang hebat. Harapan yang tidak dapat ditunaikan akan menimbulkan penyakit fisiologi seperti hesteria dan penyakit psikomatik. Psikomatik ialah sejenis penyakit berkaitan dengan kesihatan mental dan boleh menganggu keadaan fizikal serta fungsi sehari-hari. Di antara ciri-ciri penyakit psikomatik ialah perasaan sedih, kurang atau tidak memberi perhatian, mudah lelah, kurang kepercayaan diri, perasaan bersalah atau tidak berguna dan mempunyai pandangan masa depan yang suram.

Contoh situasi helah bela diri penukaran ialah seorang pekerja syarikat diberi arahan untuk mempengerusikan syarikat. Walau bagaimanapun dia menolak kerana suaranya tidak  sedap. Kalau disuruh pun mungkin dia akan membuatkan suaranya menjadi tidak sedap. Keadaan ini adalah satu helah bela diri kerana pekerja ini tiada keyakinan diri untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Manakala dalam situasi di dalam kelas, seorang murid dilihat sentiasa kurang atau tidak memberi perhatian ketika di dalam kelas. Keadaan ini adalah satu helah bela diri untuk terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Skinner (1953), sesuatu gerak balas boleh diperkukuhkan atau dihapuskan dengan peneguhan positif atau negatif. Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack. Prinsip Premack merujuk kepada pemberian aktiviti yang kurang diminati oleh murid-murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini atau positif. Bagi menyelesaikan masalah murid yang kurang memberi perhatian, guru boleh mengatakan bahawa sesiapa yang tidak dapat menjawab soalan cikgu tidak dibenarkan balik dan perlu membersihkan kelas sehingga cikgu berpuas hati. Aktiviti membersihkan kelas paling tidak disukai oleh murid-murid terutamanya bagi murid-murid lelaki. Apabila murid mendengar arahan ini tentunya mereka memberi sepenuh perhatian kerana mereka tidak mahu melakukan aktiviti pembersihan kelas.

4.0      Penggunaan Helah Bela Diri

Setiap manusia di dunia ini sentiasa menggunakan helah bela diri dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun helah bela diri bukanlah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tetapi hanya menangguhkan sementara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antara fungsi helah bela diri adalah untuk memberikan masa untuk seseorang menilai mengenai cara untuk menyelesaikan masalah. Helah bela diri memberi ruang kepada seseorang untuk mengenalpasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Selain itu, dapat menambahkan kemahiran dalam hidup dimana dapat mengurangkan sedikit perasaan kebimbangan. Sebagai contoh dalam helah bela diri penafian,bagi mengurangkan perasaan bimbang seseorang itu telah menafikan sesuatu yang benar. Walaupun tidak seharusnya menafikan sesuatu yang benar, namun bagi mengurangkan rasa bimbangnhelah bela diri ini perlu digunakan. Pada masa yang sama dapat menambahkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Helah bela diri juga dapat memupuk sikap kreatif dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh dalam sublimasi, seseorang itu menyalurkan perasaan kecewanya kepada bentuk atau saluran yang berguna seperti menulis puisi, pantun atau sajak. Helah bela diri ini tidak melibatkan individu lain dan hanya melibatkan diri sendiri sahaja. Selain dapat mengurangkan stress dalam menghadapi sesuatu masalah atau perasaan, pada masa yang dapat menghasilkan satu karya yang kreatif. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan