1.0
PENGENALAN
Dalam
kehidupan setiap individu komunikasi merupakan perkara penting sekali dan
berlaku pada setiap masa. Pada setiap masa individu akan berkomunikasi dengan
orang yang berada di sekelilingnya. Oleh yang demikian, akan mewujudkan
mekanisme helah bela diri berlaku di
dalam kehidupan setiap manusia. Ini kerana setiap individu akan cuba untuk
mengekalkan konsep kendiri yang baik.
Dengan
yang demikian, tidak dapat dinafikan pelbagai peristiwa akan berlaku dalam
kehidupan harian setiap individu. Melalui peristiwa ini akan menyebabkan
individu ini cuba untuk menjaga dan mengawal konsep kendiri dan harga diri
mereka. Oleh itu, teknik helah bela diri akan digunakan untuk memelihara konsep
kendiri dan harga diri individu terbabit. Helah bela diri ini sering kali
digunakan oleh setiap individu dalam kehidupan harian mereka. Ia akan digunakan
tanpa mengambilkira kesan yang akan dihadapi jika mereka menggunakan mekanisme
helah bela diri.
2.0
DEFINISI
HELAH BELA DIRI
Konsep
helah bela diri mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud bagi mengatasi kerisauan
atau untuk mengurangkan ketegangan yang timbul di dalam diri seseorang. Helah
bela diri juga boleh dikaitkan dengan proses psikologi yang bertujuan untuk
mengawal ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang tidak mampu mempengaruhi dan
mengawal Id dengan sempurna (Schultz dan Schultz, 1993). Helah bela diri juga
mampu mempertahankan segala kutukan oleh Super Ego.
Selain
itu, konsep ini turut digunakan untuk membolehkan seseorang yang menghadapi
kekecewaan dan kerisauan. Kebiasaannya seseorang itu akan menggunakan helah
bela diri secara sedar atau tidak untuk mengurangkan kesakitan dan kerisauan
yang dialami.
Helah
bela diri juga merupakan reaksi semula jadi yang timbul dalam ego seseorang
bagi melindungi dirinya dari ancaman yang orang lain, kejadian atau pengalaman.
Secara keseluruhannya helah bela diri digunakan bagi tujuan untuk melindungi
diri atau mempertahankan diri, mengurangkan kesakitan dan tekanan yang dialami
oleh seseorang. Oleh yang demikian, pengalaman yang tidak diingini tersebut
diletakkan dan dipindahkan secara tidak langsung melalui minda bawah sedar.
Menerusi
helah bela diri ini mempunyai kepentingan untuk melindungi perasaan-perasaan
seperti marah, takut, sedih, tertekan, tamak, iri hati, dengki, cinta,
persaingan, mementingkan diri sendiri dan berasa tidak upaya. Apabila seseorang itu mempunyai masalah dia
akan mengunakan mekanisme helah bela diri untuk mengubah fokus perhatian atau
akan cuba masuk ke dunia fantasia serta juga melakukan tindakan-tindakan
tertentu bagi mengurangkan perasaan risau yang dialami.
3.0
JENIS-JENIS
HELAH BELA DIRI
Mengikut
kajian yang dijalankan mendapati bahawa Freud telah mengemukakan beberapa jenis
helah bela diri yang digunakan untuk mempertahankan harga diri bagi setiap
individu.
Melalui
kajian yang dijalankan mendapati terdapat dua jenis helah bela diri iaitu helah
bela diri aktif dan helah bela diri pasif. Terdapat lapan jenis helah bela diri
aktif yang telah disenaraikan iaitu :
Carta
1 : Jenis Helah Bela Diri Aktif
3.1
Pemindahan
Helah bela diri pemindahan merujuk
kepada individu yang mengalihkan kemarahan seseorang kepada sasaran lain. Ini
berlaku kerana individu tersebut tidak dapat meluahkan kemarahan sebenarnya
kepada orang tersebut. Contohnya seorang bapa yang marahkan kepada rakan
sekerjanya telah melepaskan kemarahan tersebut kepada anak-anaknya setelah
pulang ke rumah.
Helah
bela diri jenis ini boleh dikaitkan dengan Teori Daniel Goleman. Ini kerana
berdasarkan teori ini memberi penekanan terhadap penggunaan kecerdasan emosi
dalam mengukur tahap kemahiran potensi individu. Menerusi teori ini memerlukan
seseorang itu mengawal emosi mereka dengan menggunakan kaedah dan teknik yang
lebih rasional. Oleh yang demikian, helah bela diri jenis pemindahan perlu
dilakukan dengan lebih rasional dan tidak memberi kesan yang teruk kepada
mangsa yang dipindahkan perasaan marah tersebut. Dalam hal ini, individu
terbabit perlu mengawal tahap kemarahan mereka. Dalam masa yang sama, si mangsa
dianggap tidak akan memberi sebarang tindakbalas terhadap individu yang cuba
memindahkan perasaan marah tersebut.
Dengan
yang demikian, jelas menunjukkan bahawa Teori Daniel Goleman sangat penting
dalam helah bela diri pemindahan. Ia melibatkan pengawalan emosi di antara
individu yang cuba memindahkan perasaan marah dan mereka yang menjadi mangsa
dalam situasi tersebut.
3.2
Identifikasi
Helah
bela diri identifikasi merujuk kepada seseorang yang cuba membuat penyesuaian
dengan menyifatkan dirinya seperti orang lain yang mempunyai kebolehan,
pencapaian, sifat-sifat dan status yang lebih baik. Dengan kata lain seseorang
itu cuba untuk menyamakan dirinya dengan individu lain. Contohnya seorang murid
cuba mengikut aksi Michael Jakson kerana dia sangat meminati dan suka akan cara
beliau artis tersebut.
Teori
pemodelan Bandura dilihat sangat bersesuaian dengan helah bela diri dari
jenis identifikasi. Menurut Bandura
(1974), proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sevagai
model merupakan salah satu tindakan belajar. Terdapat lima jenis peniruan yang
telah dikemukan oleh Bandura. Salah satu peniruan yang menyamai identifikasi ialah
peniruan secara langsung. Pada peringkat ini murid meniru tingkah laku
seseorang yang dianggap sebagai model. Contohnya terdapat sesetengah murid yang
meniru gaya guru yang disanjungi olehnya. Peniruan ini melibatkan cara
bertutut, bahasa, dan gaya fizikal guru tersebut.
3.3
Intelektualisasi
Untuk
mekanisme intelektualisasi merujuk kepada individu yang gemar memendam emosi
yang bersifat tidak menyenangkan dan mereka juga lebih gemar mengasingkan diri
mereka dengan keadaan realiti. Mereka juga akan memendam perasaan tentang
masalah yang dihadapi. Selain itu, golongan seperti ini akan cuba mengelakkan
diri dengan orang di sekeliling mereka seperti rakan sebaya atau pasangan
masing-masing. Apabila mereka memilih untuk tidak berinteraksi dengan orang
lain menyebabkan mereka turut menghadapi masalah untuk membina perhubungan yang
rapat dengan orang lain.
Contohnya
mereka yang berkerja sebagai jururawat dan doctor akan bersikap mendiamkan diri
dan mengelak untuk berinteraksi dengan orang lain apabila mereka bersedih
dengan kematian salah seorang pesakit yang dirawat. Mereka tidak mahu berkongsi
kesedihan tersebut dengan individu lain.
3.4
Projeksi
Individu
itu membalikkan konflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain. Dengan
kata lain, individu yang mengalami masalah akan membalikkan perasaan negative
atau kekecewaan yang dihadapi dalam aspek-aspek bangsa, agama atau sebagaina
kepada orang lain. Mereka juga akan menyumbangkan perasaan gelisah mereka
kepada orang lain bagi menghindarkan perasaan kesakitan yang dialami dalam diri
sendiri.
3.5
Rasionalisasi
Rasionalisasi
merupakan satu helah bela diri yang cuba mengelakkan dari menjatuhkan air muka
seseorang itu. Ia juga bagi melindungi motif yang sebenar dan memberi pelbagai alasan
tertentu di sebalik kegagalan tersebut bagi tujuan untuk menjaga harga dirinya.
Selain itu, rasionalisasi merupakan tindakan yang dilakukan oleh seseorang
kerana tidak dapat menerima kelemahan dirinya. Kebiasaannya individu yang
mengunakan mekanisme ini akan menggunakan pelbagai alasan yang dianggap tidak
logik terhadap individu lain.
Contohnya
apabila seorang guru pelatih gagal dalam latihan mengajar, dia akan cuba
menyalahkan pensyarahnya. Pelbagai tuduhan diberikan kepada pensyarah tersebut
seperti tuduhan kurang adil dalam memberi markah semasa melakukan penyeliaan. Dalam
hal ini, guru pelatih tersebut tidak dapat menerima kelemahan-kelemahan yang
ada pada dirinya kerana ingin menjaga maruah diri.
3.6
Pembentukan
Reaksi
Pembentukan
reaksi merupakan satu cara melakonkan sesuatu yang berlawanan dengan situasi
yang tidak boleh diterimanya. Sebagai contohnya seorang bapa bersikap enggan
memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak-anaknya, tetapi tiba-tiba
dibersikap sebaliknya dengan menunjukkan kasih sayang yang melampau. Ini kerana
bapa tersebut berasa bersalah dan cuba mengatasinya dengan menunjukkan keadaan
yang sebaliknya. Sebenarnya bapa tersebut masih lagi mempunyai perasaan
keengganan itu.
3.7
Regreasi
Regreasi
berlaku apabila seseorang itu kembali kepada jenis tingkah laku yang menjadi
kebiasaan di peringkat awal perkembangan yang terdahulu, tingkah laku ini
adalah sangat berbeza dengan peringkat kini. Oleh yang demikian, helah bela
diri jenis regreasi ini menunjukkan bagaimana seseorang individu tersebut
melakukan pengunduran ke masa yang lalu dengan menunjukkan tingkah laku yang
menjadi kebiasaan pada peringkat perkembangan awal.
Sebagai
contohnya pada peringkat awal perkembangan seorang kanak-kanak yang berumur 3
hinga 5 tahun tahun, perbuatan yang seringkali dilakukan pada peringkat awal
perkembangannya ialah menangis dengan kuat, menjerit dan mengigit kukunya. Oleh
yang demikian, perbuatan sebegini masih dilakukan oleh beliau apabila dia
menghadapi masalah dalam kehidupan hariannya seperti bergaduh dengan rakan.
Perbuatan seperti ini menjadi amalannya walaupun umurnya telah meningkat.
3.8
Sublimasi
Sublimasi
digunakan dengan mengemukakan cara-cara lain yang dapat diterima secara
rasional atau menukarkan motif primitive kepada motif yang lebih efektif.
Sublimasi dianggap helah bela diri yang bersifat positif dan sihat. Bagi mereka
yang mengamalkan sublimasi ini, mereka akan menyalurkan perasaan kecewanya
kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima oleh dirinya.
Contohnya
seorang individu menghadapi masalah sukar untuk mendapat kawan. Oleh itu, dia
mengalami kesunyian dan bagi mengatasi masalah tersebut beliau telah
menghasilkan sajak, mengubah lagu dan pelbagai aktiviti yang bersifat positif
dan boleh diterima oleh masyarakat sekeliling. Sekiranya individu terbabit
merupakan seorang pelukis, beliau akan menjadikan medium lukisan sebagai cara
untuk melepaskan perasaannya.
Berdasarkan
huraian di atas jelas menunjukan bahawa helah bela diri digunakan bagi
mengatasi dan mengurangkan kerisauan yang timbul. Helah bela diri ini juga
digunakan oleh seseorang secara sedar dan tidak sedar bagi mengurangkan
kerisauan tersebut.
Menurut
Zuraidah (1989), Freud memberi penekanan kepada kefahaman tingkah laku,
pengaruh dan perubahan kelompok dalam pemikiran, kepentingan dan perkembangan
ego serta mengenalpasti penekanan kepada keistimewaan ketua kelompok, serta
penilaian semula ahli kelompok.
Berdasarkan
teori personaliti Freud dijelaskan bahawa personaliti manusia berasaskan kepada
id, ego dan superego. Untuk helah bela diri ia berkaitan dengan ego individu.
Ego merupakan bahagian jiwa yang menguasai pelbagai keinginan yang timbul
daripada id. Keberhasilan ego dalam fungsinya dan keseimbangan serta kebahagian
yang dihasilkan bagi insan iaitu jiwa yang tenang dicapai oleh manusia dengan
cara mengawal nafsu dan merealisasikan keseimbangan antara tuntutan jasad dan
spiritual. Menurut Daud (1992), berpendapat teori Freud mempunyai persamaan
dengan ajaran agama Islam.
4.0
RUMUSAN
Menerusi
mekanisme helah bela diri ini akan menyebabkan berlakunya proses penambahan
iaitu memerlukan berlakunya kestabilan afektif, perlakuan, dan kognitif yang
seimbang untuk mencapai harapan dan jangkaan. Ini bertujuan untuk membolehkan
setiap individu tersebut untuk menjaga dan mengawal konsep kendiri dan harga
diri. Seandainya berlaku ketidakseimbangan akan menyebabkan terjadinya helah
bela diri pasif. Helah bela diri pasif ini akan mewujudkan berlakunya tekanan,
kebimbangan, dan neurotik.
Oleh
yang demikian, boleh disimpulkan bahawa helah bela diri aktif akan menyebabkan
berlakunya penambahan kemahiran diri, meningkatkan kreativiti, dan seterusnya
menyesuaikan diri untuk menghadapi tekanan ke arah kemantapan diri. Dengan yang
demikian, terdapat penggunaan beberapa teori yang dianggap bersesuaian dan
berkaitan dengan helah bela diri aktif.
5.0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan